Ritual Pemilik Minyak Dagu
Ogos 8, 2018
Apa Itu Minyak Dagu
Ogos 10, 2018

Amalan Minyak Dagu adalah perkara yang perlu dilaksanakan oleh pemilik yang berjanji untuk menjaga khadam Minyak Dagu. Namun, sanggupkah anda melaksanakan apa yang anda janjikan dengan makhluk halus ini? Beratkah perjanjian yang perlu anda galas?

Segalanya terungkai dalam coretan saya pada hari ini…

 

Minyak Dagu Dan Tuan

Minyak Dagu adalah jin, syaitan, iblis. Bukan jin putih mahupun jin Islam. Maka setiap apa arahan tuannya, pasti akan dilaksanakan. Tak kira mustahil ataupun sukar untuk dipenuhi.

Kelihatan amat mengasyikkan, hidup dipenuhi dengan apa yang anda hajati. Tetapi tunggu dulu, adakah anda benar-benar bersedia untuk membuat perjanjian dengan makhluk ini.

Ini kerana, setiap hajat perlulah ada habuannya. Sama juga dengan konsep antara pekerja dan majikan. Apabila pekerja menjalankan tugas, si majikan pastinya perlu membayar gaji. Dalam konteks ini pula, apabila khadam menjalankan tugas maka di mana upahnya.

 

Perjanjian Antara Minyak Dagu

Ramai yang terlalu taksub dan terlampau mengagungkan Minyak Dagu. Namun, perlu diingat semula, itu semua adalah dengan izin Maha Kuasa. Jin ini hanyalah sebagai pengantara sahaja!

Terlampau mengagungkan jin boleh menyebabkan syirik. Seeloknya, aggaplah ia sebagai pekerja anda sahaja.

Berkenaan dengan perjanjian pemilikan Minyak Dagu pula, khadamnya perlu dijaga, perlu diberi makan, dan perlu dipuja. Ini bergantung kepada kesanggupan diri anda.

Anda sanggup nak capai apa yang anda hajati dengan cara ringkas, maka segalanya terpulang kepada diri anda kembali. Adakah anda betul betul berani untuk berhadapan dengan makhluk halus ini…

 

Amalan Minyak Dagu

Seterusnya, kita merungkai kembali isi utama kita iaitu amalan Minyak Dagu, perkara wajib yang harus dilakukan oleh pemilik minyak ini.

Di sini saya ingin nyatakan sejelas-jelasnya pada anda bahawa makanan khadamnya adalah darah anda sendiri. Darah tuan yang menjaganya, itulah petanda bahawa anda sudah berdamping dengannya. Tidak perlu banyak, cukup sekadar syarat 2/3 titik.

Kekerapan pula bergantung kepada perjanjian antara anda dan jin minyak tersebut. Ada yang berjanji sebulan sekali, ada juga yang satu hari sekali bagi makan.

Selain itu, dari segi pemujaan pula, tuannya sendiri perlu puja khadam tersebut mengikut amalan Minyak Dagu yang telah diajarkan oleh pewaris sewaktu menyerahkan minyak tersebut kepada anda. Kebiasaannya, khadam tersebut perlu dipuja di waktu malam.

 

amalan minyak dagu

 

 

Siapa Saya??

Saya adalah pewaris sebenar Minyak Dagu Asli Thailand. Minyak ini adalah milik asal moyang saya yang merupakan Sami Besar Di Patthalung, Thailand. Kemudian diserahkan kepada datuk saya, dan kini Minyak Dagu ini ada dalam jagaan saya.

Minyak Dagu ini terbuka hanya untuk mereka yang berminat. Hanya mereka yang sanggup saja mampu mendapatkan Minyak Dagu ini.

Jika anda takut, dan hati 50/50. Saya cadangkan TAK PERLU ambil! Takut Minyak Dagu ini memakan diri anda jika anda tak boleh menjaganya.

Minyak Dagu perlukan akur janji. Barulah ianya boleh diserahkan kepada tuan yang baru.

Pada anda yang betul tekad nak beli Minyak Dagu Asli, anda perlu datang berjumpa saya di pusat rawatan saya sendiri yang terletak di utara tanah air.

Minyak Dagu ini tak boleh dipos-poskan. Ini Minyak Dagu bukan Minyak Urut.

Fikir semasak-masaknya. Kalau takut, jangan cuba-cuba.

Hanya mereka yang betul-betul tekad nak capai matlamat saja yang sanggup menjaga Minyak Dagu ini!

 

Masih berminat? Pada yang betul-betul hajat nak beli Minyak Dagu ini, sila hubungi saya di talian tertera di bawah ini:

Hubungi : 010-664 4441

 

Lihat pos berkaitan MinyakDagu.com

 

Comments are closed.

Buy now